Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak Barisan Nasional agar menguatkan azam dan tekad untuk menawan Selangor agar mereka tidak kecundang buat kali ketiga.

"Hari ini kita berhimpun di Hulu Selangor, Selangor, kenapa? Sebab Selangor ini sangat-sangat penting untuk negara kita. (Pengerusi BN Selangor) Tan Sri Noh Omar kata tadi sudah dua kali, saya teringat ada lagu 'Jangan Sampai Tiga Kali'.

“Sudah dua kali (kita kalah), jangan sampai tiga kali. Untuk berjaya kita mesti bersatu hati, mesti anggap bila Umno, MIC dan MCA kuat BN juga akan jadi kuat.

"Kita semua hari ini mesti berikrar, mesti menguatkan azam dan tekad kita untuk memberi tumpuan sepenuhnya supaya pada kali ini, BN akan tawan Selangor," kata Najib ketika merasmikan majlis jamuan rakyat dan jentera pilihan raya BN di Hulu Selangor, hari ini.

Najib juga menyeru penyokong agar menyokong semua calon BN tidak kira dari parti komponen mana yang mewakili gabungan itu.

"Untuk kita berjaya dalam perjuangan, kita semua mesti bersatu hati.

"Kita mesti anggap kalau Umno menang BN menang, kalau MCA menang BN menang, kalau MIC menang BN menang, kalau parti komponen lain menang BN menang.

"Kita jangan gaduh sama sendiri, ini pun satu punca dulu gaduh sama sendiri. Kita jangan kerat sama sendiri. Bila kerat jadi pendek, bila jadi pendek tak boleh masuk dalam, undi tak cukup, ini masalah kita.

"Saya tahu di Selangor ada penyakit dulu, kita mesti hapus penyakit ini, ini resepi untuk menang...Bila kita kerat kita tembak kaki sendiri, sebab kita sendiri nak naik bukan nak parti menang, tak boleh, kita hanya kuat kalau parti kuat," kata Najib.

Pakatan banyak tipu

Najib juga berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) selalu menipu rakyat dan gemar bermain sandiwara.

"Kita tahu Pakatan Harapan kononnya tidak mahu bekerjasama dengan PAS, tapi di belakang, dia runding secara sulit dengan PAS.

"Kita tahu dia banyak tipu. Sebab itu sahabat lama saya Mat Taib (bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib) balik semula.

"Dia tahu cerita sebelah sana. Banyak tipu sana, banyak pembohongan sana, banyak sandiwara sana," katanya.

Pada PRU ke-13 lalu, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP dan PAS mengekalkan kuasa di Selangor setelah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

BN pula hanya mampu memenangi 12 kerusi DUN.

Selangor jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada 2008.

'Tsunami politik' itu turut menyebabkan kerajaan Persekutuan yang dikuasai BN, kehilangan kuasa majoriti dua pertiga di Parlimen pada 2008.

Lihat Komen
ADS