Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Klip audio ‘ambil duit Umno’ - Husam cabar PAS buat ujian forensik
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 6:48 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Naib Presiden AMANAH, Husam Musa hari ini mencabar supaya ujian forensik dijalankan ke atas klip audio yang kononnya memetik seorang pemimpin PAS bercakap tentang pembiayaan daripada Umno.

Husam berkata tuduhan yang terkandung di dalam klip itu mempunyai implikasi serius terhadap PAS dan oleh itu, siasatan perlu dijalankan.

“Kalau bukan suara Nik Abduh (Nik Aziz), suara siapa? Dan jika suara ini bukan suara Nik Abduh, siapakah yang mengeluarkan audio ini?

“PAS kena siasat,” kata Husam pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Husam, yang dipecat daripada PAS pada 2016, berkata jika klip audio itu palsu, maka PAS harus membuat laporan polis untuk mengenal-pasti pelakunya.

Lewat bulan lalu, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan memuat-naikkan klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS.

Nik Abduh menafikan suara dalam klip itu adalah miliknya dan mencadangkan supaya Hazmi untuk bertaubat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut menolak kesahihan klip video itu dan menegaskan bahawa ada ramai yang boleh meniru suara orang lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

Lihat Komen
ADS