Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SYABAS: Gangguan bekalan air berterusan hingga Ahad ini
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 7:04 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Gangguan bekalan air di seluruh Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata kerja-kerja pembaikan masih dijalankan ke atas Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) yang pecah di Sungai Selangor Fasa 3 dan hanya dijangka siap esok dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sehingga jam 6 petang Ahad ini.

"Sementara itu, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air terus digerakkan dan sembilan pusat khidmat setempat beroperasi 24 jam sehari," kata SYABAS.

Bekalan air ke kawasan di Kuala Langat dan Hulu Selangor dijangka pulih pada jam 6 pagi, Sabtu ini manakala bekalan ke kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam dan Petaling dijangka pulih pada Ahad.

Adalah dilaporkan semalam bahawa kerja-kerja pembaikan di loji rawatan air siap sebelum masa yang ditetapkan tetapi kemalangan di tapak kejadia mengakibatkan tempoh pemulihan bekalan air tertangguh.

Lihat Komen
ADS