HARI WANITA SEDUNIA | Sempena Hari Wanita Sedunia, wartawan wanita di seluruh Asia Tenggara berkongsi pengalaman peribadi mereka memperjuangkan kebebasan media dan melawan patriarki.

Dalam satu siri kiriman surat, enam wanita dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina menggariskan realiti yang dihadapi wanita ketika bercakap tentang kebenaran kepada mereka yang berkuasa di rantau ini - yang diketahui memiliki komitmen yang tidak bagus terhadap kebebasan media.

"Surat-surat itu ditulis oleh wartawan wanita kepada wartawan wanita lain walaupun pesanan ini juga dituju bagi siapa saja yang peduli dengan politik demokrasi.

"Ia adalah peringatan bahawa kebebasan media adalah perjuangan kolektif namun amat peribadi," kata penyelidik University of Canberra, Nicole Curato, yang menyelaraskan surat itu.

Pada asalnya ia diterbitkan dengan tajuk Kebebasan Media: Surat di Lapangan di laman web BroadAgenda. Malaysiakini memaparkan di sini dua daripada enam surat itu dalam siri ini.



Kebebasan dari tapisan kendiri

Annabelle Lee
Malaysia

Hai,

Nama saya Annabelle dan Mac ini merupakan tahun pertama saya bekerja sebagai seorang wartawan.

Saya bekerja di salah satu daripada beberapa media bebas di Malaysia, sebuah negara yang menduduki tangga 144 daripada 180 untuk kebebasan akhbar tahun lalu (Korea Utara mengutip 180) dan di mana "media arus perdana" terdiri daripada akhbar yang dimiliki oleh parti politik yang membentuk kerajaan persekutuan .

Ketika baru bermula, saya berulang kali diberi amaran bahawa saya akan dihalang membuat liputan acara kerana organisasi yang saya wakili kononnya anti kerajaan. Saya juga diberitahu agar bersedia menerima usikan seksual kerana menjadi wanita dalam kewartawanan politik yang "kotor".

Apabila sebuah artikel mendedahkan bahawa ahli-ahli politik lelaki mengganggu beberapa rakan wanita saya secara seksual, ia menyeramkan saya dan nasihat kesatuan wartawan kami kepada wartawan wanita adalah "jangan berpakaian seksi".

"Itulah keadaannya," saya diberitahu. Selamat datang ke kewartawanan di Malaysia.

Saya "bertuah" apabila dibenarkan masuk ke acara yang saya ditugaskan untuk membuat liputan. Saya hanya tersenyum apabila kata-kata yang tidak sesuai ditujukan kepada saya.

Saya ingin katakan bahawa saya tidak memahami semua ini, tetapi sebenarnya saya sentiasa mempertimbangkan penapisan kendiri.

Perkara ini memenatkan dan terus terang, menjerut saya. Ia mengganggu saya daripada mendapatkan kebenaran dan saya berasa ragu untuk memastikan mereka yang berkuasa bertanggungjawab.

Sehinggalah saya berkongsi kekecewaan saya dengan wartawan wanita lain di lapangan, kebimbangan saya terhakis sedikit demi sedikit.

Walaupun berada dalam bilik berita yang berbeza, wartawan wanita yang berpengalaman mendorong saya untuk menekan lebih banyak jawapan apabila saya berasa ragu.

Mereka meyakinkan saya bahawa jika sesiapa di tempat kerja berkelakuan tidak sepatutnya terhadap saya, mereka akan menyokong apabila saya melaporkannya. Biasanya, apabila bersama dalam tugasan, kami akan bekerja sebagai satu pasukan untuk cuba menggoncang jawapan dari mereka yang berkuasa.

Saya berasa selasa dan kuat bersama mereka. Mereka menjadi mentor dan kawan saya.

Hari ini, saya tidak merasakan saya sedang memperjuangkan kebebasan akhbar sebagai individu lagi. Kami adalah satu pasukan dan kami berjuang bersama-sama - untuk kebebasan media dan menentang budaya yang sangat patriarki.

Hari Wanita Antarabangsa ini, harapan saya ialah wanita bekerja bersama untuk merakam sejarah melalui kewartawanan. Kewartawanan perlu membuktikan bahawa ia boleh menjadi sumber maklumat yang dipercayai dan relevan pada masa konsep "kebenaran" semakin dipertandingkan.

Dan menjelang pembentukan kerajaan Malaysia ke-14 bagi tahun ini, saya menyeru rakan-rakan saya untuk bersama bekerja lebih keras dari sebelumnya untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat.

Salam perpaduan,
Annabelle

Annabelle Lee (@annabellybutton) adalah wartawan di Malaysiakini.com. Dia menulis mengenai hal ehwal semasa dan politik.

https://twitter.com/annabellybutton @annabellybutton

(@ANNABELLYBUTTON)



Mengalah tidak terlintas di fikiran

Pia Ranada
Filipina

Hai,

Saya adalah Pia Ranada, wartawan Rappler, sebuah laman web berita yang berpusat di Manila. Selama hampir dua tahun, saya membuat liputan di Malacañang dan Presiden Rodrigo Duterte.

Dua minggu lalu, saya dilarang oleh Presiden memasuki Malacañang - istana presiden Filipina. Sebulan sebelum itu, kerajaan memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat saya beroperasi.

Semua ini berlaku di tengah-tengah permusuhan terhadap akhbar bebas dan kritikal. Selama saya membuat liputan terhadap Presiden Duterte, saya telah menerima ugutan bunuh, ancaman rogol dan penderaan secara lisan dalam pelbagai tahap daripada penyokong presiden.

Mesej benci dalam talian ini berserta cacian, tuduhan palsu dan ancaman dari Presiden Duterte sendiri dan pegawai lain di Malacañang.

Ketua pengawal presiden pernah memberitahu saya bahawa saya seharusnya bersyukur bahawa salah seorang pengawalnya tidak menyakiti saya ketika saya menekannya untuk mendapatkan jawapan lebih lanjut mengenai perintah presiden melarang saya masuk ke istana.

Saya boleh menghadapi serangan lain, tetapi larangan membuat liputan di Malacañang telah menjejaskan kerja saya sebagai wartawan. Saya tidak boleh bertanya semasa sidang akhbar secara peribadi.

Saya tidak dapat melaporkan peristiwa sebenar yang penting. Saya mempunyai akses terhad kepada sumber maklumat.

Tetapi untuk menyerah adalah sesuatu yang tak terlintas di fikiran.

Saya tinggal dalam masyarakat di mana seorang presiden berkarisma melemahkan institusi demokrasi. Media kritikal tidak mampu untuk dibohongi. Kami perlu terus menulis. Kami perlu terus bertanya. Kami perlu mengawasi kerajaan.

Apa yang menguatkan saya adalah kata-kata sokongan dan galakan daripada orang asing. Mereka mengambil masa untuk mendekati saya dan memberitahu saya bahawa mereka menghargai apa yang kami lakukan.

Ada yang takut untuk menyokong kami secara terbuka kerana apa yang mungkin berlaku kepada syarikat media atau pekerjaan mereka. Ini memberikan saya lebih banyak alasan untuk terus melaporkan.

Kami perlu kuat kepada mereka yang tidak berdaya.

Yang benar,
Pia Ranada