Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘IGP perlu soal siasat Najib untuk ketahui pautan 1MDB-Jho Low’
Diterbitkan:  Mar 8, 2018 12:45 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa polis untuk menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha untuk mengenal-pasti pautan antara firma dana pelaburan negara, 1MDB dengan usahawan kontroversial Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata bahawa polis masih belum menyoal Najib, selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dalam siasatan mereka.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam bahawa siasatan polis mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh 1MDB.

"Apa yang perlu dilakukan IGP adalah mencari pautan antara Jho Low dan 1MDB adalah dengan menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, yang mempunyai kuasa muktamad mengenai semua keputusan penting dalam 1MDB.

"Sudahkah polis menyoal Najib mengenai 1MDB, dan adakah Najib pernah menafikan hubungan antara Jho Low dan 1MDB?" soal Lim, sambil menambah bahawa sebarang ulasan Najib akan menjadi tajuk utama berita antarabangsa.

Mohamad Fuzi semalam mengumumkan, Low tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan rampasan kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan Low di Bali minggu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS