Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PARLIMEN | Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana harga barangan di Singapura 70 peratus lebih tinggi berbanding negara ini, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu ketika ini kerajaan menyediakan subsidi untuk banyak keperluan asas pengguna.

Katanya terbukti kerajaan berjaya mengawal harga barangan seperti beras, gula dan minyak masak dengan begitu baik sekali.

"Bandingkan dengan seluruh negara Asia.

"Saya nak jelaskan supaya yang berhormat sedar, kerajaan yang ada ini memang tahu membela rakyat berhubung masalah kos sara hidup," katanya semasa menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) mengenai isu harga barang keperluan pengguna.

Isu kos sara hidup menjadi antara topik banyak diperkatakan oleh orang ramai dan turut mendapat reaksi daripada tokoh terkenal. Antaranya ialah penyanyi Datuk Sheila Majid dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin.

Kata Ameer Malaysia mungkin menyaksikan pertumbuhan dalam negara yang kukuh tetapi pengguna tidak mempunyai wang mencukupi untuk perbelanjaan runcit mereka.


Baca Najib, maharaja tanpa baju


Menurut Hamzah pendapatan perkapita rakyat Singapura ialah sebanyak AS$52,962 berbanding Malaysia hanya AS$9,463 menjadikan negara ini berada di tempat ketiga di rantau Asean.

Tempat kedua, katanya, ialah Brunei.

"Tapi daripada keseluruhan harga barang, dengan strategi yang kerajaan buat, sepatutnya kita begitu bangga kerana harga barang di Singapura 70 peratus lebih tinggi daripada kita, Brunei 71 peratus lebih tinggi, Thailand 23 peratus lebih tnggi walaupun per kapita (mereka) hanya AS$6,000, Indonesia AS$3,599 tapi harga barang 43 peratus lebih mahal, Filipina AS$3,016 tapi (harga barang) 76 peratus, Laos AS$2,400 harga barang 59 peratus lebih tinggi," katanya.

Berdasarkan data itu Hamzah yang juga anggota parlimen Larut memberitahu, strategi kawalan harga dilaksana kerajaan sekarang adalah tepat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS