Kerajaan kaji wujudkan akta gangguan seksual
Diterbitkan: Mar 8, 2018 2:02 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2018 2:11 PM
Kerajaan sedang menimbang untuk merangka undang-undang berkenaan gangguan seksual, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata perkara itu dicadangkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Saya diminta untuk melihat secara serius (cadangan) Akta Gangguan Seksual.
"Khairy beritahu saya ia adalah antara yang disebut golongan belia. Mungkin perlakuan menghendap (stalk) akan dimasukkan (dalam akta) juga," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Wanita Sedunia di Cyberjaya, hari ini.
Sementara itu Rohani berkata kementeriannya telah menyiapkan rangka bagi cadangan Akta Kesaksamaan Gender.
[Berita lanjut menyusul]

