Malaysiakini
ENBM中文TA
Log Masuk
LANGGAN
  • Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
  • Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:
    AKTIFINACTIVEEXPIRED
  • LANGGAN
  • Renew
  • Sambung Langganan
  • Settings
  • Hubungi kami
  • Log keluar
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
Malaysiakini
user
Log Masuk
LANGGAN
ENBM中文TA
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
ENBM中文TA
    • Bersama cabar Anwar jawab tuntutan DAP di majlis makan malam di Melaka

      1h ago
    • Bapa warga M'sia, tuntutan kerakyatan anak ditolak

      1h ago
    • Razlan tempelak PH isu cap pengkhianat, cabar beri layanan sama buat GPS

      1h ago
    • Demokrat 'rampas' kedua-dua dewan Kongres AS dari Republikan

      1h ago
    • STR: RM1.1 bilion mula disalur hari ini kepada lebih lima juta penerima - Anwar

      1h ago
    Akta mungkin perlu dipinda untuk kembalikan hak Sabah, S'wak
    Malaysiakini
    Berita
    Akta mungkin perlu dipinda untuk kembalikan hak Sabah, S'wak

    Akta mungkin perlu dipinda untuk kembalikan hak Sabah, S'wak

    Diterbitkan: Mar 8, 2018 5:53 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2018 5:57 PM

    Pindaan mungkin perlu dibuat terhadap akta dan perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan urusan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963, berjalan lancar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.

    Sambil menegaskan proses berkenaan akan mengambil masa, beliau berkata Jabatan Peguam Negara sedang tekun menguruskan perkara itu.

    "Kami perlu teliti. Sesetengahnya memerlukan pindaan kerana ia melibatkan badan kehakiman, pengasingan kuasa, pengagihan ekonomi dan sebagainya.

    "Sebenarnya, kira-kira dua minggu lepas, saya terima sepucuk surat daripada Jabatan Peguam Negara supaya dibawa kepada Kabinet beberapa peruntukan yang perlu diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Ang Pow di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Good Shepherd di Kota Kinabalu.

    Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan sentiasa komited dan menghormati hak rakyat di Sabah dan Sarawak.

    Di majlis itu, Abdul Rahman mengumumkan peruntukan RM2.9 juta bagi pembinaan bangunan baharu SJKC Good Shepherd bagi memberi ruang kepada Gereja Katolik Good Shephard bersebelahannya diperbesarkan.

    Menurut guru besar sekolah itu, Tan Lee Lee, keadaan sekolah berkenaan yang sudah berusia 90 tahun, kini semakin uzur dan tidak mengizinkan pelajar untuk mengikut pelajaran dalam keadaan selesa.

    "Sejak 10 tahun lepas, kami telah mengumpul kira-kira RM5 juta daripada masyarakat setempat dan melalui bantuan kerajaan, tetapi masih kekurangan RM2.9 juta.

    "Kini, kami boleh jadikan impian kami untuk mempunyai sebuah sekolah baharu suatu kenyataan dan kami menjangka, bangunan baharu itu nanti mampu menampung tambahan 20 atau 30 peratus kepada jumlah pelajar sekarang,” katanya, sambil menjelaskan bahawa sekolah itu kini mempunyai 432 pelajar.

    Tapak baharu seluas satu hektar itu, yang terletak di Kampung Rampayan, kira-kira 500 meter dari lokasi sedia dan berukuran dua kali lebih besar daripada yang ada sekarang, diberi kerajaan negeri.

    - Bernama

    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    Lihat Komen0

    Ulasan0

    Dengan menghantar komen, anda bersetuju dengan Terma & Syarat kami seperti yang dinyatakan secara lengkap di sini

    Garis panduan komen di Malaysiakini

    TERMA & SYARAT

    Kami tidak akan bertoleransi terhadap pengulas yang menggunakan bahasa tidak sopan, lucah, fitnah, serangan peribadi, ancaman, komen berorientasikan seksual atau apa-apa penggunaan kaedah komunikasi yang melanggar undang-undang atau menimbulkan rasa tidak senang. Tingkah laku antisosial seperti "spamming" dan "trolling" akan digantung akaun langganan. Pengguna yang melanggar syarat ini juga mempunyai risiko disekat penggunaan komen secara kekal.

    LAPOR PENYALAHGUNAAN

    Gunakan ciri laporan yang tersedia di bawah setiap komen untuk menandakan komen yang melanggar terma & syarat seperti di atas supaya moderator kami dapat mengambil tindakan. Jangan kendalikan perkara ini sendiri untuk mengelakkan salah faham yang boleh mengakibatkan akaun anda sendiri digantung atau disekat.

    NOTIS

    Sistem ulasan kami masih dalam proses penyediaan. Kami mengambil maklum semua pandangan yang diberikan.

    Ruang khas untuk pelanggan:

    Adakah anda seorang pelanggan?

    Log Masuk

    Belum menjadi pelanggan?

    Langgan

    3200 aksara lagi

    Ulasan yang sedang disemak0

    Anda pasti mahu padam komen ini?

    Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.

    Lapor komen ini

    500 aksara lagi
    mk-logo
    • whatsapp
    • telegram
    • youtube
    • facebook
    • x
    • instagram
    • tiktok
    • linkedin
    • Tentang Malaysiakini
    • Staf
    • Dasar Privasi
    • Syarat Penggunaan
    • Pengiklanan
    • Kerjaya
    • Arkib
    • Rangkaian Media
    • KiniTV
    • FG Media
    • RSS Feeds
    • Berita
    • Kolum
    • Surat
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+6017-323 0707
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    • Pengiklanan
    • advertise@malaysiakini.com
    • advertise@fgmedia.my
    Mkini Dotcom Sdn Bhd
    (199901014818 / 489718-U)No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Langganan/Bantuan Teknikal
    telephone+603-7770 0017
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    @Kini
    No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor