Berita Malaysiakini

Gempa bumi 5.2 skala Richter landa Ranau

Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah, pada kira-kira 9.06 malam, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebooknya, lokasi gempa bumi itu ialah 6.1 Utara dan 116.6 Timur.

Tiada ancaman tsunami, kata jabatan itu.

-Bernama