Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peringatan Dr M: Ucap selamat jalan p'raya jika Najib menang

Dalam renungan Tun Dr Mahathir Mohamad,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menghapuskan pilihan raya supaya beliau dapat kekal memerintah negara jika dia memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut renungan Mahathir, kerajaan mungkin meminda perlembagaan persekutuan untuk memghapuskan pilihan raya.

"Kita gurau sedikit, tapi sebenarnya kita dalam keadaan cukup cemas," katanya di majlis pelancaran manifesto pilihan raya Pakatan Harapan malam tadi.

"Kerana jika kita tidak usaha, kita akan gagal (dalam pilihan raya akan datang).

"Saya yakin kalau Datuk Seri Najib menang PRU14, maka ini adalah pilihan raya yg terakhir sebab dia akan hapuskan semua system pemilihan," kata pengerusi HARAPAN itu.

"Kita dengar ada negara-negara di mana pemimpinnya menukar perlembagaan supaya boleh jadi perdana menteri atau presiden selama-lamanya.

"Kerana dia dapat majoriti dua pertiga, dia boleh tukar perlembagaan dan kekalkan Datuk Seri Najib dan disusuli (anak tirinya) Riza Aziz," katanya disambut dengan ketawa anggota HARAPAN dan wakil NGO di majlis itu.

Sambil menegaskan bahawa Pakatan Harapan mampu mengalahkan Najib, beliau berkata mereka perlu berusaha untuk mencapainya.

"Ini sebabnya kita cipta manifesto, Bukan kita kerja untuk orang lain, kita kerja untuk diri sendiri kerana kita juga rakyat. Bila kita berjaya kita rasai nikmatnya," katanya kepada para hadirin.

Manifesto 138 halaman Harapan menangani isu peningkatan kos sara hidup, agenda Melayu, rumah mampu milik dan pendidikan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS