Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ROS beri amaran bubar BERSATU
Diterbitkan:  Mar 9, 2018 6:07 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika parti itu gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh 30 hari, berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim (bawah) berkata walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, jabatan itu memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari, lapor Bernama.



Menurutnya, notis itu, yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1996 dan berkuat kuasa pada 28 Februari lepas, diserahkan kepada Setiausaha Agung BERSATU Datuk Shahruddin Md Salleh.

Surayati berkata notis itu dikeluarkan berikutan aduan anggota-anggota BERSATU kepada ROS dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan.

"Notis 14(2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan notis dikeluarkan itu adalah suatu notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.

Lihat Komen
ADS