SYABAS sasar bekalan air pulih mulai tengah malam ini
Diterbitkan: Mar 9, 2018 6:50 PM | Dikemas kini: Mar 9, 2018 6:53 PM
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyasarkan pemulihan bekalan di Selangor dan Kuala Lumpur berperingkat mulai tengah malam ini atau awal pagi esok, bergantung kepada tekanan di sistem agihan.
“Seterusnya pemulihan bekalan akan berlangsung secara berperingkat bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Abdul Raof Ahmad.

