Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Janji pembangkang sekadar 'madu beracun'
Diterbitkan:  Mar 10, 2018 2:14 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji parti pembangkang sekadar “madu beracun” kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

Sebaliknya, Perdana menteri berkata janji kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat bukan dengan janji palsu tetapi telah terbukti dengan pelbagai pelaksanaan projek untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Jangan lihat hanya pada janji-janji (pembangkang), tuan-tuan. Sebab janji boleh jadi madu beracun. Kita tengok janji Kerajaan Selangor, hari ini apa isu terbesar di Selangor?

“Sekarang ini, dua juta penduduk di Selangor dalam keadaan di mana mereka menghadapi kesukaran, air putus, tekanan rendah dan kualiti air yang buruk.

Sedangkan kerajaan BN sudah melaksanakan pelbagai kemudahan termasuk melaksanakan Aliran Transit Massa (MRT), menyediakan perumahan yang murah dan mampu milik berbanding kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang kebanyakan menyediakan rumah mahal,” kata.

Perdana menteri menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Pagoh, hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

- Bernama

Lihat Komen
ADS