Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majalah Tempo: Jho Low sekutu rapat Najib
Diterbitkan:  Mar 11, 2018 8:20 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Skandal 1MDB telah menjadi sorotan muka hadapan majalah hal ehwal semasa terkemuka Indonesia, Tempo.

Muka hadapan itu memaparkan ilustrasi kapal mewah Equanimity dengan karikatur kelihatan seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang dikenali sebagai jho Low.

Di bawah kapal mewah itu terdapat dua penyelam sedang melihat sebuah peti besi gergasi.

Tajuk utamanya berjudul, 'Pesiar Rasuah 1MDB'.

Tajuk kecil Majalah Tempo itu bertulis: "Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak."

Kapal persiaran mewah itu dirampas pada 28 Februari lalu di pesisir pantai Teluk Benoa di Bali dalam operasi bersama di antara pihak berkuasa Indonesia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS.

Jabatan Keadilan Amerika SYarikat (DOJ) mendakwa kapal bernilai AS$260 juta (RM1 bilion) itu dikomisyenkan oleh Low menggunakan duit yang dilesapkan daripada 1MDB.

DOJ percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion dilesapkan dari 1MDB dan digubah secara haram menerusi sistem kewangan AS bagi membeli pelbagai aset.

DOJ juga sedang berusaha merampas aset-aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dilesapkan dan kapal mewah tersebut merupakan salah satu daripada aset berkaitan.

Edisi 1MDB Majalah Tempo akan berada di pasaran Indonesia bermula hari esok. Ia bagi edisi bertarikh 12 Mac sehingga ke 18 Mac ini.

Lihat Komen
ADS