Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pinda PDA agar S'wak miliki gas dan minyak sendiri'

DAP Sarawak menegaskan hanya beberapa patah perkataan diperlukan untuk memastikan negeri itu memiliki sepenuhnya rizab minyak dan gasnya.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pindaan seksyen 2 (1) Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dengan menambah hanya perkataan - "tidak termasuk Sarawak" - akan memastikan syarikat minyak baru yang dibentuk Petros mempunyai lebih hak pengawalseliaan kepada rizab negeri.

Pada masa ini, PDA menyatakan: Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada suatu perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat.

Menurut Chong, pindaan yang dicadangkan itu mungkin kecil, tetapi akan mempunyai implikasi besar untuk Sarawak kerana membolehkan kerajaan menuntut pemilikan semula petroleum dan gasnya.

"Dengan membuat pindaan ini, jika dicadangkan dan diluluskan di Parlimen, semua pemilikan dan hak petroleum akan diletakkan di bahwa kerajaan Sarawak," katanya pada sidang akhbar semalam.

Chong juga berharap kesemua 25 anggota parlimen BN Sarawak akan menyokong usulnya untuk meminda PDA di Parlimen apabila beliau membangkitkan perkara itu.

"Jika anda mahu mempertahankan hak Sarawak untuk petroleum, lakukanlah di Parlimen. Oleh itu sokong usul saya, ia adalah untuk kepentingan Sarawak,"katanya.

Pada pelancaran Petros minggu lepas, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan syarikat minyak negara itu akan mengambil alih kuasa pengawalseliaan sepenuhnya terhadap aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di Sarawak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS