Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS akan mengumumkan manifesto mereka untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Ahad ini di sebuah hotel di Cyberjaya, Selangor.

Timbalan Presiden PAS Datuk tuan Ibrahim Tuan Man berkata manifesto bersama Gagasan Sejahtera itu digubal setelah mengambil maklum pendapat semua pihak, termasuk masyarakat bukan Islam.

“Saya yakin berdasarkan pertemuan dengan pakar, golongan muda, kita libatkan semua pihak.

“kita mampu yakin tarik sokongan,” katanya kepada pemberita sempena majlis manifesto PRU14 PAS di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata manifesto itu dirangka berdasarkan teras yang dipersetujui dalam Gagasan Sejahtera, antaranya berkaitan pembentukan kerajaan berintegriti, amanah dan bebas rasuah.

Katanya lagi, manifesto itu juga menjuruskan kepada usasa menarik undi bukan Islam.

“Isu utama yang dihadapi rakyat adalah isu kos sara hidup, isu keselamatan dan perpaduan nasional. Kita anggap isu teras meliputi semua rakyat, Islam dan bukan Islam.

“Kita perlu bina sebuah Malaysia yang sejahtera tanpa kira agama dan bangsa. Kita harap tawaran yang kita buat nanti mampu untuk tarik pengundi bukan Islam kepada Gagasan Sejahtera,” katanya.

Manifesto itu akan dilancarkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim berkata manifesto itu dirangka berdasarkan teras yang dipersetujui dalam Gagasan Sejahtera, antaranya berkaitan pembentukan kerajaan berintegriti, amanah dan bebas rasuah.

Tuan Ibrahim turut berkata pihaknya juga menyedari keperluan terhadap golongan muda justeru Gagasan Sejahtera akan menumpukan isu rakyat yang sejumlah besarnya adalah untuk golongan muda.

“Kita ada beberapa sasaran antaranya pengundi 40 tahun ke bawah, antara isu mereka adalah kos sara hidup, pendidikan, isu perumahan rakyat.

“Gagasan Sejahtera akan letakkan asas keutamaan membina manifesto kepada 30 peratus generasi muda,” katanya.

Lihat Komen
ADS