Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita bogel hina keramat datuk nenek Koh Samui
Diterbitkan:  Mar 13, 2018 10:30 PM
Dikemaskini: 2:41 PM

GLOBAL | Penduduk pulau peranginan terkenal di selatan Thailand menggesa pihak berkuasa menahan pelancong asing yang didapati berbogel sambil memeluk ketulan batu paling terkenal di Koh Samui.

Dikenali sebagai Hin Ta, batu yang terbentu secara semula jadi itu menarik perhatian ramai dan menjadi satu daripada loksai mesti dikunjungi pelancong.

Disebabkan keunikan batu itu, penduduk setempat menganggap Hin Ta sebagai simbol ikonik Koh Samui.

Kemarahan penduduk setempat meletus apabila seorang wanita dilihat berbogel dan berjalan di sekitar batu itu sebelum memeluknya. Aksi itu diketahui selepas gambar insiden berkenaan tersebar di media sosial.

The Nation melaporkan penduduk setempat sangat berang kerana tindakan wanita terbabit dianggap menghina semangat Hin Ta yang dipercayai orang tempatan milik seorang lelaki tua.

Mengikut kepercayaan setempat lokasi itu adalah keramat.

Ia merangkumi dua kawasan berbatu yang unik. Hin Ta merupakan batu itu berbentuk kemaluan lelaki, manakala Hin Yai - yang tertelak tidak jauh dari situ - batu yang terbentuk seperti kemaluan perempuan.

Disebabkan itu mereka menggelarnya keramat datuk dan nenek.

Jurucakap penduduk di situ berkata, mereka menuntut polis mengesan pelancong yang mencemarkan tempat berkenaan.

Tidak cukup dengan itu penduduk berkenaan juga mahu pelancong terbabit meminta maaf kepada keramat itu secepat mungkin.

Lihat Komen
ADS