Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayi maut tertinggal 4 jam dalam kereta
Diterbitkan:  Mar 14, 2018 11:24 PM
Dikemaskini: 3:36 PM

Bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata kejadian itu berlaku di tempat letak kereta di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson.

Dalam kejadian 9 pagi itu, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan membawa bayinya bersama ke tempat kerja.

Menurut Zainuddin, sebaik meletakkan kereta Proton Saga dipandunya, wanita itu terlupa bayi yang dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu, lapor Harian Metro.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS