Jejak beranjau Dr Mahathir di Sabah...
TEMUBUAL | Ketika pilihan raya umum semakin hampir, nampaknya mesej kempen utama bagi pemimpin BN Sabah adalah untuk menyemarakkan rasa bimbang di kalangan rakyat Sabah terhadap prospek Tun Dr Mahathir Mohamad kembali berkuasa.
Bagi kebanyakan rakyat Sabah, Mahathir adalah penyebab Umno menjadi parti BN berpangkalan di Semenanjung Malaysia yang pertama bertapak di negeri itu pada tahun 1996. Umno memperolehi kuasa di atas Sabah dan membuat parti-parti tempatan yang lain terpinggir.
Ramai rakyat Sabah juga menyamakan Mahathir dengan apa yang dikenali sebagai "Projek IC", yang menyaksikan ribuan warga asing di Sabah yang diberikan kerakyatan, menyebabkan perubahan demografi secara mendadak dan kekal di negeri itu.
Walaupun Suruhanjaya Siasatan Diraja telah menyalahkan kakitangan awam yang korup untuk "Projek IC," namun parti yang baru ditubuhkan - Parti Warisan Sabah - yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang Mahathir terajui - berkata "isu-isu legasi" bekas perdana menteri itu mewujudkan keadaan yang tidak memihak kepada pembangkang.
Penawar terhadapnya, kata Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, adalah untuk mengingatkan rakyat Sabah bahawa "isu-isu legasi" itu bukan terletak di bahu Mahathir semata-mata.
"Kita perlu membetulkan sesuatu dari dahulu lagi, dari perdana menteri pertama sehingga ayah Najib kepada Najib hari ini," kata Ahli Parlimen Penampang itu dalam temubual dengan Malaysiakini baru-baru ini.
"Sangat mudah untuk mengatakan bahawa Najib mengakui ada pelanggaran Perjanjian Malaysia 1963 dan dia mahu mengembalikan pelanggaran ini.
"Anda tidak boleh mengatakan dia menawarkan semua ini sekarang, dan oleh itu dia seorang yang baik. Dia tidak menghiraukan selama bertahun-tahun sebagai perdana menteri."
Leiking berkata adalah pelik bahawa pengkritik terbesar Mahathir di Sabah adalah ahli politik BN yang telah mendapat manfaat daripada bekas perdana menteri itu dan berkhidmat di bawah pemerintahannya.
"Ada beberapa pemimpin BN yang mengatakan mereka tidak boleh memaafkan Mahathir, tetapi mereka adalah calon pada tahun 1999 ketika dia menjadi perdana menteri.
"Saya tidak pasti bila mereka memaafkan dan bila mereka tidak dapat memaafkan, atau mereka memaafkan kerana mudah untuk memaafkan, saya tidak tahu.
"Mereka berkata pembangkang sentiasa bercanggah sesama sendiri, tetapi mereka adalah lebih teruk lagi. Anda adalah calon Mahathir. Anda menggesa rakyat Sabah untuk mengundi beliau sebagai perdana menteri dan kini tiba-tiba anda mengatakan dia tidak pernah dimaafkan. Jadi, anda berbohong?"
Leiking berkata adalah penting bagi rakyat Sabah untuk memerhatikan bahawa Mahathir, walaupun apa jua kesalahannya, yelah meminta maaf bagi "hampir semuanya" apabila menjadi tokoh pembangkang.
Dia percaya bahawa mungkin sangat sukar bagi Mahathir untuk mengakui kesilapannya setelah berkuasa untuk sekian lama.
"Ketika saya melihat beberapa pemimpin politik menyerang Mahathir, mereka mungkin mempunyai sebabnya, tetapi mereka mempertahankannya ketika dia berada di dalam kerajaan.
"Sekarang dia tidak berada dalam kerajaan, dia mungkin musuh paling ketat mereka. Tetapi mereka semua pernah terhutang budi kepadanya," katanya.
Ironinya, Leik percaya, bahawa pemimpin BN Sabah yang sama kini mendakwa bahawa Mahathir telah mengabaikan Sabah dan Sarawak ketika dia berkuasa.
Kini, Mahathir sanggup membuat perubahan dan membantu Sabah, rakyat Sabah sepatutnya memberi peluang kepadanya kerana BN tidak komited untuk berbuat demikian, katanya.
"(Tetapi) Saya perhatikan bahawa Mahathir, mungkin dalam jiwanya, mungkin dia menyesal dia tidak banyak lakukan untuk Sabah.
"Pada zaman ini di mana dia akan membawa sesuatu yang berbeza di Malaysia Barat, di Sabah, kita juga harus berdiri, atau sekurang-kurangnya bersatu hati, dengan mereka."
Leiking berkata WARISAN lebih suka calon perdana menteri dari Sabah atau Sarawak, tetapi realitinya adalah bahawa keputusan ini terletak dalam tangan sesiapa yang menang kerusi terbanyak di Semenanjung Malaysia.
"Di Sabah kita mempunyai 25 kerusi parlimen, kepentingan kita tidak boleh memutuskan. Terdapat 165 kerusi di Malaysia Barat, mereka membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi perdana menteri yang dicadangkan.
"Kita dengan jelas menegaskan bahawa kita tidak akan bersama dengan BN, kita tidak mahu Najib sebagai perdana menteri. Jelas sekali kita akan berpihak kepada gerakan politik yang sama mahu menolak BN dan mengalahkan perdana menteri sekarang.
"Kami tahu Pakatan bertanding di 165 kerusi. Tetapi saya tidak pernah menolaknya bahawa selepas pengundian, apa-apa saja boleh berlaku.
Tetapi siapa tahu, katanya, sekiranya orang Sabah, Sarawak dan Labuan dapat membentuk membuat blok Borneo yang kukuh, dan mempunyai kepentingan yang lebih besar dalam persekutuan. ianya boleh berlaku.

