Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerana bercakap benar tak selalu menguntungkan
Diterbitkan:  Mar 15, 2018 11:31 AM
Dikemaskini: Apr 6, 2018 4:21 AM

Demam pilihan raya umum (PRU) kembali lagi. Percayalah, 'penyakit' ini akan bertambah parah dan debarannya bakal kian memuncak dari sehari ke sehari.

Tidak seperti kebanyakan negara yang beramal dengan demokrasi, PRU di negara kita sangat unik. Ia adalah detik yang membuat begitu ramai orang bertukar menjadi nujum atau setidak-tidaknya cuba menjadi 'kreatif'.

Seolah-olah tidak ada hal lain yang lebih penting, kita - semua sama ada sudah mendaftar sebagai pengundi atau tidak - dipaksa untuk meluangkan masa berfikir, bilakah PRU akan diadakan.

Tarikh PRU adalah hak eksklusif segelintir elit pemimpin. Hak rakyat dan orang awam bukannya tidak ada. Ada, iaitu cuma meneka-neka.

Ia sedikit sebanyak berjaya melahirkan aliran pemikiran luar kotak - dan luar jangka.

Satu daripadanya ialah khabar-khabar meragukan yang bertebaran. Ketika maklumat yang tidak tentu perawinya pun boleh dipercayai sebagai benar hanya kerana ia menjadi tular di WhatsApp, ketepatan maklumat menjadi sangat penting.

Namun ketepatan saja bukanlah asasnya. Turut menjadi keperluan mendasar ialah maklumat itu mesti bebas dan boleh diyakini. Ia bukan sekadar tempelan atau cuplikan dari sumber yang tidak dapat disahkan.

Tetap beri yang terbaik

Penyalur maklumat sebegitu di negara ini ialah Malaysiakini. Kami menawarkan laporan seimbang, telus dan berterus terang selagi tiada sekatan undang-undang mengekangnya.

Masalahnya, bercakap benar dan polos ini biasanya tidak digemari. Dan tidak pula menguntungkan.

Budaya - dan fitrah - kita ialah, sesuatu yang pahit bukanlah makanan yang baik. Jika ada orang yang berkata ubat yang terbaik ialah yang paling pahit, ia cuma dialog yang terapung-apung di antara lidah dan langit-langit.

Ia biasanya akan diludah kemudian.

Ketika anda membawa tulisan ini, anda tidak dikenakan sebarang bayaran atau kos kerana laman berbahasa Melayu ini dibuka secara percuma.

Namun di sebelah kami ada pula laman berita Malaysiakini berbahasa Inggeris. Tidak seperti laman ini, kelangsungan bahasa Inggeris turut ditentukan oleh langganan orang awam.

Dengan sumber yang terhad - berbanding konglomerat media sedia ada - kami tetap memberikan yang terbaik untuk menghidangkan laporan secara adil.

Fungsi berita bukanlah mengajar pembaca untuk mempercayai sesuatu isu mengikut tafsiran penerbitnya. Kami menyediakan maklumat sebaik mungkin dan terserah kepada anda - pembaca semua - untuk membuat pertimbangan akhir.

Kelangsungan portal berita yang bebas ini menjadi penting ketika khabar yang meragukan dan berita membawa agenda yang ditetapkan semakin mudah tersebar.

Bukan untuk wartawan

Berlangganlah dengan Malaysiakini bahasa Inggeris. Selain tidak semua berita yang ada di situ dapat dibaca pada laman bahasa Melayu, ada nilai tambah lain yang disediakan.

Malaysiakini bahasa Melayu bukan cermin kepada Malaysiakini bahasa Inggeris. Kami berbeza pada aspek tertentu namun kami saling melengkapi pada aspek lain.

Anda tentu perlukan maklumat yang benar ketika musim PRU kian hampir. Betul, ia mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini. Maksudnya, kira-kira lima bulan lagi. Tapi kita semua percaya parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi, bukannya Jun nanti.

Sebelum memangkah kertas undi anda perlukan sebanyak mungkin maklumat yang bebas daripada manipulasi. Kami di Malaysiakini menawarkan itu sejak sekian lama.

Kesilapan membuat keputusan itu lumrah, tetapi membuat keputusan dengan maklumat yang salah - itu adalah tragedi.

Dengan berlanggan Malaysiakini bahasa Inggeris, anda sebenarnya membantu menyuburkan demokrasi, hak mendapat maklumat, dan menjamin media bebas. Semua itu akhirnya menjurus kepada faedah buat diri anda sendiri.

Jangan lupa, kebebasan media bukan untuk Malaysiakini. Kebebasan media bukan untuk wartawan. Ia untuk rakyat, sentiasa.

LANGGAN   |   DERMA

Lihat Komen
ADS