Paling Popular
Terkini

Teka-teki parti pilihan anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar terjawab hari ini apabila beliau memilih Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bekas naib presiden PAS itu mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH di bangunan sementara Parlimen, setelah meninggalkan PAS tiga bulan lalu.

“Saya umumkam tamat sebagai ahli parlimen bebas serta akan menyertai AMANAH untuk bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan untuk bawa perubahan kepada Malaysia” katanya.

Mahfuz adalah anggota veteran PAS yang mendaki hierarki dalam parti dari bawah sehinggalah akhirnya menjadi naib presiden parti.

Bagaimanapun akibat tidak sehaluan dengan kumpulan ulama dalam parti itu yang semakin berpengaruh menyaksikan hampir semua tokoh sederhana, termasuk Mahfuz diketepikan pada 2015.

Berbeza daripada pimpinan yang tersingkir, Mahfuz memilih kekal bersama PAS sehinggalah pada akhir tahun lalu apabila beliau mengambil tindakan 'mufaraqah' dengan keluar dari parti tersebut.

Ia disambut dengan pelbagai komen daripada pemimpin PAS termasuk digelarkan sebagai "sudah lama mati" oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lihat Komen
ADS