Dari 'Tiger of Jelutong' ke 'Black Panther'
Kini dengan spekulasi bahawa Parlimen mungkin dibubarkan akhir bulan ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14, maka perbualan hangat sekarang ialah siapakah calon di beberapa kawasan di Pulau Pinang.
Setelah Pakatan Harapan mengumumkan Ahad lalu bahawa DAP akan bertanding 19 kerusi, PKR 14 kerusi, AMANAH tiga kerusi dan empat kerusi untuk BERSATU, spekulasi tersebar mengenai siapa yang akan dicalonkan bertanding di situ.
Sebagai makluman, pengkritik DAP, Teh Yee Cheu, ADUN Tanjung Bungah telah mengisytiharkan hasratnya bertanding di kerusi DUN Sungai Pinang sebagai "pilihan ketiga" kepada pengundi.
Kerusi itu kini disandang oleh Lim Siew Khim dari DAP, dan keputusan Teh telah menimbulkan perasangka bahawa pencalonannya itu adalah untuk membantu BN.
Sungai Pinang terletak dalam kawasan Parlimen Jelutong, di mana penyandangnya ialah Ahli Parlimennya ialah Jeff Ooi, yang telah menyatakan sebelum ini bahawa dia mungkin tidak bertanding pada PRU14 ini.
Jika Siew Khim dicalonkan semula, maka Teh juga akan berdepan dengan seorang lagi calon - Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow - yang dikatakan telah memilih "kerusi boleh menang" untuk membuat kemunculan semula di Dewan Undangan Negeri.
Sebelum pilihan raya 2008, Teng memegang jawatan exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran ketua menteri ketika itu, Tan Sri Koh Tsu Koon.
Teng, pengerusi Gerakan negeri, baru-baru ini disebut-sebut sebagai bakal ketua menteri BN oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang melawat Pulau Pinang hujung minggu lalu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Teng bahawa dia adalah "orang utama" di Pulau Pinang dan dia perlu berusaha menawan semula negeri itu dari HARAPAN.
Hasrat Teh untuk bertanding di kerusi Sungai Pinang menarik perhatian apabila spekulasi bertiup kencang bahawa kehadirannya di situ boleh menarik undi dari DAP.
Dalam erti kata lain, dia boleh membantu Teng menang, walaupun ada yang tertanya-tanya, kerana kawasan Jelutong adalah kubu kuat DAP.
Ketika diminta mengulas, Teh memberitahu Malaysiakini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik.
"Saya memilih Sungai Pinang kerana dekat dengan rumah saya di Dato Keramat, dan saya pernah menimbulkan isu-isu yang releven dengan kerusi itu, termasuk perkara-perkara mengenai alam sekitar dan perumahan.
"Mereka yang mengatakan saya mahu membantu parti ini atau itu menang, adalah tidak percaya kepada emokrasi atau keadilan, saya menawarkan pilihan ketiga."
Teh menambah dia hanya akan mengumumkan parti pilihannya apabila Parlimen dibubarkan.
Bagi kerusi Jelutong, mendiang Karpal Singh yang terkenal dengan gelaran "Tiger of Jelutong", menyandang kerusi itu sebagai ahli Parlimen dari tahun 1978 hingga 1999. Terdapat pesisir laut di pinggir Jelutong yang telah dinamakan sebagai Karpal Singh Drive.
Karpal meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya di Perak pada tahun 2014, dan kerusi di Bukit Gelugor kini diwakili oleh anaknya, Ramkarpal, yang juga seorang peguam.
Jika Ooi tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi Jelutong, spekulasi bertiup kencang bahawa ADUN DAP Seri Delima - RSN Rayer - mungkin diletak bertanding di kerusi itu kerana beliau dikenali sebagai penyokong kuat Karpal.
Tiger vs Panther
Sudah ada pihak yang bergurau bahawa ia mungkin menyaksikan pertembungan menarik di situ antara "Tiger of Jelutong" yang baru, dengan "Black Panther", kerana turut berminat bertanding kerusi itu adalah peguam dari Gerakan terkenal Baljit Singh.
Baljit telah mendekati akar umbi melalui aktiviti amal dan melalui khidmat guaman dalam dalam kes-kes kontroversi, yang terbaru kes pembunuhan remaja T Nhaveen, selepas dia dibuli dan didera secara fizikal oleh sekumpulan belia.
Tetapi oleh kerana Baljit jelas dikenali berada dalam kem yang berbeza daripada Teng, dan pernah secara terbuka mencabarnya bagi jawatan tertinggi parti peringkat negeri, maka pencalonan Baljit di Jelutong dilihat kurang pasti.
Dengan Teng bertanding di kerusi Sungai Pinang, Thor Teong Gee, yang sebelum ini dijadualkan bertanding di situ, kini "dipindahkan" ke Bukit Tengah, untuk berdepan dengan Ong Chin Wen PKR.
Bukit Tengah, bersama-sama dengan Machang Bubok, Padang Lalang dan Berapit, terletak dalam kawasan Parlimen Bukit Mertajam.
Thor yang dikenali untuk sekurang-kurangnya dua penggal di Sungai Pinang, yang tetapi kini beralih ke tempat lain, maka beliau perlu bekerja lebih keras, terutamanya dengan PRU-14 yang tidak lama lagi.
Thor baru-baru ini mengumumkan beliau telah dilantik sebagai penyelaras Bukit Tengah.

