Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Jangan ambil mudah ikrar Zahid rampas Pulau Pinang

Lim Guan Eng menggesa Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil serius kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang BN akan merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa BN mampu untuk "bermain kotor" bagi mencapai matlamat mereka.

Beliau berkata Zahid benar-benar serius apabila berkata BN mampu mengalahkan HARAPAN di negeri itu.

"Kita perlu memastikan kita melawan semula agar Pulau Pinang kekal di tangan rakyat, bukan BN.

"Jangan ambil mudah apa yang dikatakan Zahid kerana kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas Putrajaya," katanya pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata HARAPAN tidak akan menggunakan taktik kotor seperti BN dalam mencapai objektif tersebut, dan memberikan serangan terhadap terowong dasar laut Pulau Pinang sebagai contoh.

"Projek itu baik untuk rakyat...sehingga kini pemimpin BN gagal menyatakan siapa yang terlibat dengan rasuah dalam projek itu.

"Kita pula boleh menyatakan dengan jelas siapa yang terlibat dalam skandal 1MDB," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Lim mengluas kenyataan Zahid semalam bahawa BN mampu menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk mendapat majoriti mudah.

Zahid berkata Umno yakin boleh menang di 21 kerusi, manakala Gerakan di tiga kerusi, MCA dua kerusi dan MIC satu kerusi.

Ketika ini, Umno hanya memiliki 10 kerusi, manakala Gerakan, MCA dan MIC gagal untuk menang walau satu kerusi pun pada PRU 2013.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS