Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Protes tak mungkin ubah keputusan BN di Alor Gajah

Protes terhadap rancangan BN untuk meletakkan Wong Nai Chee sebagai pengganti MP Koh Nai Kwang untuk kerusi Parlimen Alor Gajah di Melaka mungkin tidak ke mana, kerana pengaruh Umno di kalangan pengundi Melayu.

Kerusi Parlimen Alor Gajah mempunyai 59 peratus majoriti Melayu, diikuti oleh Cina (27 peratus) dan India (13 peratus).

Dalam erti kata lain, untuk menang di Alor Gajah, calon memerlukan sokongan yang signifikan dari pengundi Melayu yang bermakna Umno mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pemilihan calon.

Wong (gambar di bawah, kiri) adalah pembantu khas kepada perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Pada tahun 2013, Koh mengalahkan calon DAP Damian Yeo Shen Li dengan majoriti 11,597 undi, yang merupakan majoriti tertinggi di kalangan tujuh kerusi Parlimen MCA.

Yeo memberitahu Malaysiakini bahawa Koh menerima, paling banyak, 30 peratus undi Cina dan undi Melayu yang menyumbang kepada kemenangannya.

"Di tiga kawasan Felda (di Alor Gajah), DAP hampir tidak menerima undi," katanya. "Dengan itu, ia dianggap sebagai kerusi Umno."

Sehingga tahun 1999, Alor Gajah telah menjadi medan persaingan antara PAS dan Umno. BN hanya menyerahkan kerusi itu kepada MCA pada tahun 2004, yang membawa kepada pertandingan antara MCA dan DAP sehingga pilihan raya 2013.

Kali ini, Pakatan Harapan telah melantik parti Melayu, BERSATU, untuk meletakkan calonnya di kerusi tersebut.

Penyokong Koh lancar protes

Beberapa pemimpin Umno Alor Gajah, apabila dihubungi, memuji Koh (gambar di atas, kanan) atas perkhidmatannya tetapi mereka juga menegaskan bahawa mereka akan menyokong calon BN, tidak kira siapa pun.

"Ini isu dalaman MCA, sesiapa yang diletakkan sebagai calon untuk Alor Gajah oleh MCA, kita perlu berkerja untuk kemenangan calon ini.

"Tapi, dalam masa yang sama, saya pon serahkan kepada kebijaksana MCA untuk membuat keputusan, kerana Datuk Koh Nai Kwang telah memberi perkhidmatan yang sangat cermelang," kata ADUN Durian Tunggal, Ab Wahab Ab Latip.

Seorang pemimpin Wanita Umno Alor Gajah, yang tidak mahu disebut namanya, turut memuji Koh kerana kerja kerasnya dan berkata dia popular di kalangan penduduk tempatan.

" Tapi PM cakap calon siapa, kita sebagai ahli parti (Umno), kita akur," katanya.

Penyokong MCA setempat telah mengadakan protes pada hari Khamis berikutan laporan berita berhubung kedudukan Koh.

Laporan itu mendakwa bahawa Koh akan dipindah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Machap yang dimenangi oleh MCA dengan majoriti undi 152 yang mengundi pada tahun 2013.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS