Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bangunan Institut Perubatan Forensik Negara HKL terbakar

Sebahagian bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.30 tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

Tinjauan Bernama mendapati loceng kecemasan masih lagi dibunyikan dan kakitangan hospital terus mengeluarkan pesakit-pesakit dari Jabatan Kecemasan ke kawasan lapang dan selamat.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, ebakaran di stor penyimpanan peralatan patologi HKL dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Operasi HKL berjalan seperti biasa kecuali stor penyimpanan Patologi ditutup untuk siasatan kebakaran, tambahnya.

Sementara itu Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden kebakaran itu.

Dalam satu kenyataan , Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf berkata pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur.

Menurutnya perkhidmatan di HKL juga tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

“Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS