Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSIH protes Najib di sidang kemuncak Asean di Australia
Diterbitkan:  Mar 17, 2018 3:53 PM
Dikemaskini: 1:42 PM

Sekumpulan penyokong BERSIH di Sydney hari ini menyertai perhimpunan membantah sidang kemuncak khas ASEAN- Australia hujung minggu ini, dengan menonjolkan isu berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia.

Menurut Setiausaha BERSIH Sydney, Jason Goh, para peserta yang memakai t-shirt BERSIH berwarna kuning adalah sebahagian daripada peserta himpunan membantah pelbagai isu hak asasi manusia di ASEAN.

"Ya, kami adalah wakil sekumpulan kecil rakyat Malaysia di perhimpunan Asean hari ini di Sydney.

"(Ia) dihadiri oleh (kira-kira seribu) rakyat mewakili negara-negara ASEAN yang berbeza, memperjuangkan pelbagai isu hak asasi manusia," kata Goh dalam satu mesej.

Beliau berkata perhimpunan itu diadakan di dua lokasi, Sydney Town Hall Square dan Hyde Park.

Foto-foto yang dihantar oleh Goh menunjukkan antara lain, para peserta memegang plakad menyelar Najib dan menggesa pilihan raya yang bebas dan adil diadakan.

Peserta dari negara-negara ASEAN lain juga memprotes isu pembantaian etnik Rohingya dan isu di Vietnam.

Perhimpunan itu diadakan sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018, yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sydney (ICC).

Najib, yang mendapat liputan meluas antarabangsa berhubung skandal 1MDB menyampaikan ucaptama pada hari penutupan Persidangan Anti Keganasan, yang merupakan acara utama bagi sidang kemuncak itu.

Lihat Komen
ADS