Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pahang akan membariskan dua calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata mendedahkan dua kerusi DUN yang diperuntukkan untuk parti itu di Mentakab dan Pulau Manis akan diwakili oleh calon Melayu.

"Kami akan meletakkan calon Melayu kami di Pulau Manis, kawasan DUN dengan 92 peratus pengundi Melayu.

"Tiada nama lagi untuk kerusi Pulau Manis itu, kami masih bekerja ke arah itu. Satu lagi kerusi ialah Mentakab," kata Leong.

Mentakab, sebuah kerusi campuran dengan 40 peratus pengundi Cina sekarang ini disandang ADUN DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, sementara Pulau Manis pula disandang ADUN BN. Tengku Zulpuri (gambar) dijangka mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala itu, Pulau Manis pula ialah sebuah kerusi DUN dengan 92 peratus pengundi Melayu yang secara tradisinya ditandingi PAS.

DUN Pulau Manis pernah diwakili Anggota Parlimen DAP Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz pada 2004 ketika beliau masih menjadi ahli Umno.

Tetapi, besar kemungkinan Ariff Sabri tidak akan bertanding di Pulau Manis sekali lagi. Beliau diserang angin ahmar Mei tahun lalu dan menurut Leong, beliau masih kurang sihat.

Leong juga berkata DAP akan membariskan sekurang-kurangnya dua calon India yang bakal bertanding satu kerusi parlimen dan satu lagi kerusi DUN.

Pada sidang akhbar awal hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Fauzi Abdul Rahman mengumumkan DAP akan bertanding lapan kerusi DUN.

Selain Mentakab dan Pulau Manis, DAP akan mempertahankan kerusinya yang dimenangi pada 2013, iaitu Tanah Rata, Tras, Bilut, Ketari, Sabai dan Teriang.

Bagi kerusi parlimen pula DAP akan bertanding di Cameron Highlands, Raub dan Bentong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS