Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saifuddin Abdullah dijangka bertanding Indera Mahkota

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah dijangka bakal diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Indera Mahkota di Pahang.

Menurut sumber daripada PKR, bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu akan menjadi pilihan daripada antara nama yang dicadangkan untuk kerusi itu.

Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang juga Pengerusi HARAPAN Pahang menang dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 7,523 undi mengalahkan calon Umno Datuk Seri Adnan Wan Mamat.

Sebelum menyertai PKR pada tahun 2008, Fauzi ialah bekas timbalan menteri dan ketua bahagian Umno Kuantan.

Beliau juga ialah anggota parlimen Kuantan pada tahun 1990. Beliau bertanding DUN Beserah pada tahun 1995 dan menyandang kerusi tersebut sehingga 2004.

Semasa lawatan Saifuddin di Indera Mahkota, beliau bertemu dengan pemimpin tempatan HARAPAN dari Paya Besar, Kuantan dan Indera Mahkota.

Selesai pertemuan itu, beliau pergi ke Kampung Sungai Ular berhampiran Balok bersama pemimpin HARAPAN negeri untuk memberi sumbangan kepada keluarga miskin.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas sidang akhbar di Kuantan semalam, Saifuddin berkata beliau masih seorang ahli baru PKR dan akan menyerahkan keputusan pencalonannya dalam PRU14 kepada pucuk pimpinan parti.

"Dalam Keadilan (PKR), saya orang baru. Jadi, saya tidak boleh mendakwa saya mesti dicalonkan untuk mana-mana kerusi. Apa-apa pun, saya akan akur pada keputusan parti.

Saifuddin bertanding di kerusi parlimen Temerloh pada 2008 tetapi tewas tipis kepada Nasruddin Hassan daripada PAS pada 2013 dengan majoriti 1,000 majoriti. Kemudian, beliau dilantik memimpin Global Movement of Moderates (GMM) dan keluar Umno pada 2015.

Sedia beri laluan muka baru

Namun demikian, penyandang anggota parlimen Indera Mahkota Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan beliau tidak akan diletakkan sebagai calon mempertahan kerusinya. Beliau mendedahkan terdapat empat nama yang dicadangkan untuk bertanding di kawasan parlimen tersebut.

Antara nama-nama yang dicadangkan ialah ADUN Semambu Lee Chean Chung, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Nizam Hamid, Saifuddin Abdullah dan juga dirinya.

"Saya terpulang kepada parti, saya merasakan bahawasanya I've been too long in politics lah. Saya mula berpolitik tahun 1972.

"Saya rasa ada baiknya lah, kita rasa dalam PKR kita ada talent, yang kita boleh ketengahkan. Jadi saya rasa kalau kita ada peluang, saya boleh berundur dan bagi orang lain ambil tempat saya," kata Fauzi kepada Malaysiakini.

Beliau turut memaklumkan akan mengambil risiko mengosongkan kerusi Indera mahkota dan membayangkan akan bertanding di salah satu kerusi DUN, termasuklah Sungai Lembing.

Semalam, HARAPAN Pahang mengumumkan agihan kerusi negeri di Kuantan dengan 14 kerusi DUN diberikan kepada PKR dan empat kerusi parlimen iaitu Indera Mahkota, Kuantan, Rompin dan Bera.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS