Cambridge Analytica nafi aktiviti ‘pasang perangkap’
Syarikat penganalisis data, Cambridge Analytica menolak video intipan oleh Channel 4 di UK yang yang mendakwa firma berkenaan terbabit dalam kegiatan “pasang perangkap” yang tidak beretika semasa pilihan raya.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata laporan tersebut "diedit dan ditulis untuk memberi gambaran salah perbualan tersebut dan bagaimana syarikat itu menjalankan perniagaannya."
Syarikat itu juga menafikan terbabit dalam aktiviti “pasang perangkap”.
Ia berkata kenyataan yang “menjejaskan” syarikat itu oleh para eksekutifnya tentang amalan sedemikian adalah cubaan untuk “mempermainkan” tukang atur itu dan mendedahkan niat sebenarnya setelah beliau cuba melencongkan perbualan ke arah kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Meninjau kesahihan dan risiko reputasi berkaitan dengan projek baru adalah kritikal bagi kami, dan kami secara rutin menjalankan perbualan dengan calon pelanggan untuk mengesan sebarang niat yang tidak beretika atau tidak sah.
Kedua-dua eksekutif Cambridge Analytica pada mesyuarat itu secara aktif menggalakkan bakal pelanggan mereka untuk mendedahkan niat masing-masing. Dia beredar dengan penuh kebimbangan dan kami tidak bertemu dengannya lagi," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix kemudian dipetik sebagai berkata bahawa dirinya telah salah tafsir situasi berkenaan.

