PRU14 l BN berkemungkinan mengurahkan jumlah agihan kerusi Parlimen untuk MCA pada pilihan raya umum ke-14 ini. Difahamkan, berikutan lobi besar-besaran oleh bakal calon Umno untuk mendapatkan kerusi, jumlah itu akan dikurangkan kepada 36.

Pada kemuncaknya, pada pilihan raya umum 2008, MCA pernah diberi tanggungjawab bertanding di 40 kerusi parlimen.

Pada tahun 2013, MCA "meminjamkan" tiga kerusi - Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju - kepada Umno, berdasarkan alasan bahawa peluang Umno untuk menang adalah lebih cerah.

Walaupun Gelang Patah tidak menjadi rebutan, semakan dengan pemimpin Umno di Kuantan dan Wangsa Maju mendapati kedua-dua parti menunjukkan minat terhadap kerusi berkenaan.

Usaha juga dilaporkan sedang dijalankan untuk mengasak MCA supaya menyerahkan kerusi Bandar Tun Razak dan Lumut kepada Umno atasa pelbagai sebab.

Keempat-empat kerusi itu adalah kerusi campuran dengan majoriti orang Melayu. Semua kerusi itu dimenangi oleh calon PKR pada tahun 2013.

Spekulasi mengenai kemungkinan Umno mengambil alih kerusi yang secara tradisional diperuntukan buat MCA semakin kencang sejak beberapa tahun kebelakangan, khususnya berikutan prestasi MCA buruk pada tahun 2013.

Pada masa itu, MCA hanya memenangi hanya tujuh kerusi parlimen - turun daripada rekod 31 kerusi pada tahun 2004.

[Baca berita penuh]