Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis siasat nyanyian anti-GST Guan Eng
Diterbitkan:  Mar 20, 2018 4:48 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Pihak polis sedang menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung video yang memaparkan beliau menyanyikan lagu anti GST bersama kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 223(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kami buka kertas siasatan susulan tiga laporan polis yang dibuat pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini semalam.

“Kami akan me­ngambil ke­terangan beliau (Guan Eng) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” beliau dipetik berkata demikian oleh Utusan Online.

Hujung minggu lalu, MCA mendakwa ketua menteri itu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dengan pesanan anti kerajaan melalui nyanyian lagu.

Jurucakap publisiti MCA Ti Lian Ker (gambar) berkata DAP sebelum ini mengkritik setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang hadir pada program menampilkan Umno di sekolah.

Bagaimanapun, dakwa Ti tindakan Lim itu lebih teruk lagi.

Sin Chew Daily melaporkan Lim menghantar lagu sindiran anti-GST pada perasmian kelas tuisyen percuma di rumah pangsa Mutiara Idaman 2 dan mengetuai kanak-kanak yang hadir menyanyikan lagu itu bersama beliau.

Laporan itu memetik beliau berkata menemukan video muzik itu daripada Internet dan memutuskan untuk berkongsinya kerana mendapati ia menarik serta mudah dinyanyikan.

Lirik pembukaan lagu dalam Bahasa Malaysia itu berbunyi, 'ABCD-GST, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mi, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lihat Komen
ADS