Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan kerajaan Selangor tidak menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat PAS adalah satu penganiayaan kepada rakyat di negeri itu, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau, wakil rakyat PAS sepatutnya tidak terkecuali diberi peruntukan kerana merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor.

"Wakil rakyat PAS ini macam dianiyai, tetapi yang sebenarnya teraniaya adalah rakyat, bukan wakil rakyat.

"Malahan pada asalnya kerajaan Selangor beri peruntukan kepada BN tetapi mereka tak terima.

"Ini PAS yang masih berada dalam kerajaan jadi tak wajarlah (tindakan tak beri peruntukan)," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian PAS oleh bekas ahli Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu tindakan PAS Selangor yang dilihat menyerang kerajaan negeri Selangor yang kini diketuai Datuk Seri Azmin Ali.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga bekas exco Selangor, Sallehen Mukhyi mendakwa Azmin sebagai "tidak bergantung kepada Allah" apabila menafikan peruntukan kepada wakil rakyat PAS.

Sallehen berkata tindakan menteri besar Selangor itu membayangkan sikap yang cuma "bergantung dengan duit" dan "makhluk".

Sementara itu Takiyuddin berkata, walaupun tidak bersama Pakatan Harapan (HARAPAN), PAS perlu berada dalam kerajaan Selangor bagi memastikan kewujudan kerajaan Melayu-Islam.

"Kalau PAS tak ada dalam kerajaan Selangor, ia tidak lagi akan menjadi majoriti kerajaan Melayu-Islam.

"Jadi sebuah sebuah negeri Melayu bersekutu, kalau PAS keluar daripada kerajaan Selangor, bermakna kerajaan Selangor menjadi kerajaan yang tidak ada majoriti Melayu-Islam.

"Itu pentingnya kita berada dalam kerajaan Selangor," jelasnya.

Lihat Komen
ADS