27 rumah rosak dalam kejadian ribut di JB
Diterbitkan: Mar 21, 2018 5:48 AM | Dikemas kini: Mar 21, 2018 6:14 AM
Dua puluh tujuh rumah di dua kampung di Johor Bahru mengalami kerosakan bumbung akibat ribut kencang, lewat petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru Kapten Mohd Aziz Jupri berkata sebanyak 15 rumah yang terlibat merupakan kediaman penduduk di Kampung Melayu Batu 10, Skudai manakala 12 lagi merupakan rumah penduduk Kampung Poh-chee-leng, dekat Johor Bahru.
Ribut yang bermula 7 petang itu menyebabkan kesemua rumah rosak 50 peratus di bahagian bumbungnya, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kesemua mangsa tinggal bersama sanak saudara masing-masing sementara menunggu pelbagai pihak ternasuk APM menyiapkan siapnya kerja-kerja membaiki bumbung.
- Bernama

