GLOBAL | Abu mayat ahli fizik terkemuka Stephen Hawking akan ditempatkan di gereja Westminster Abbey di London, yang turut menjadi tempat persemadian saintis agung dunia Isaac Newton dan Charles Darwin.

Westminster Abbey berkata abunya akan diletakkan di situ selepas upacara keagamaan untuk mengenang mendiang pada Selasa minggu depan.

“Amat sesuai Profesor Stephen Hawking disemadikan di Abbey, dekat dengan rakan-rakan saintis yang dihormati,” kata ketua gereja itu John Hall dalam kenyataan.

Westminster Abbey sekarang menjadi tempat persemadian terakhir untuk 17 orang raja dan individu-individu paling berpengaruh dalam sejarah British.

Newton, yang memformulakan hukum graviti dan sekali gus membina asas matematik modem dikebumikan di Abbey pada 1727.

Darwin yang terkenal dengan teori evolusi manusia pula dikebumikan dekat dengan Newton pada 1882.

Hawking meninggal dunia minggu lepas pada umur 76 tahun selepas mendedikasikan seluruh hayatnya untuk mengkaji asal-usul alam semesta, misteri lohong hitam dan perihal masa.

Belau memberikan sumbangan besar kepada dunia sains walaupun keadaannya fizikalnya yang lumpuh seluruh tubuh sejak 21 tahun dan hanya berkomunikasi menggunakan bantuan teknologi komputer.