Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu tanah Ijok: Enam, termasuk dua Datuk direman empat hari
Diterbitkan:  Mar 21, 2018 2:51 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Mahkamah Majistrert di Putarjaya hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman empat individu, termasuk dua lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan tahanan reman SPRM untuk menyiasat keenam-enam suspek itu sehingga Sabtu ini.

Semua mereka yang berusia antara 34 tahun dan 84 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang semalam.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

Beliau berkata, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

“SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara.

“Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Lihat Komen
ADS