Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mazlan Aliman ditahan berkaitan video di FB
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 9:43 AM
Dikemaskini: 11:09 AM

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman telah ditahan oleh polis pada awal pagi ini.

'Saya ditahan polis di rumah jam 1.35 malam ni. Dibawa ke IPD Kulai," kata Mazlan, yang juga anggota Majlis Tertinggi AMANAH, dalam satu catatan ringkas di Facebook.

Isterinya menambah dalam satu komen bahawa polis memberitahu mereka dia ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).

Malaysiakini  sedang berusaha menghubungi ketua polis daerah Kulai (OCPD) serta isteri Mazlan mengenai perkara ini.

Pada hari Isnin, laporan polis dibuat terhadap video YouTube di mana Mazlan didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkata dakwaan sedemikian menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Rosmah di kalangan warga maya.

Beliau juga berkata ia telah merosakkan reputasi dan integriti anak guamnya.

Katanya, selepas berbincang dengan anak guamnya itu, dia telah diarahkan untuk membuat laporan polis mengenai video itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS