Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi lobi anak tempatan wakili HARAPAN di Titiwangsa
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 11:50 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Seorang lagi pemimpin muda pembangkang tampil melobi supaya Pakatan Harapan meletakkan anak tempatan sebagai calon pilihan raya di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Penolong Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata meletakkan calon tempatan yang memahami susur galur dan permasalahan setempat akan memudahkan jentera kerja HARAPAN.

“Menurunkan calon luar berkemungkinan akan merumitkan usaha kempen di saat akhir.

“Realitinya untuk memperkenalkan calon luar kepada pengundi tempatan, bukanlah kerja mudah,” katanya.

Menurut anak jadi Kampung Baru dan Titiwangsa itu, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian juga mahukan calon tempatan di kerusi parlimen itu.

HARAPAN memperuntukkan Titiwangsa kepada BERSATU walaupun terdapat tuntutan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding di situ.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Badli bagaimanapun menegaskan akan menyokong siapa sahaja yang diputuskan oleh Majlis Presiden HARAPAN sebagai calon.

“Kerana matlamat yang lebih utama adalah menumbangkan Umno dan BN,” katanya.

Kerusi itu disebut-sebut akan ditandingi oleh bekas pemimpin badan kaji selidik terkenal Wan Saiful Wan Jan (atas) yang kini dilantik sebagai timbalan pengarah Dasar dan strategi BERSATU.

Anak kelahiran Perlis itu minggu lalu telah turun padang meninjau pasar malam Kampung Pandan dan mengedarkan risalah berkaitan manifesto.

Titiwangsa antara kerusi sasaran Harapan di Wilayah Persekutuan kerana dimenangi oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani pada tahun 2013 dengan majoriti kecil 866 undi.

Lihat Komen
ADS