Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Labur pada projek mega demi masa depan – Johari

Kerajaan melabur untuk masa depan lebih yang inklusif melalui projek-projek berskala besar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bercakap ketika pelancaran hari terbuka kementeriannya, Johari berkata kerajaan bertindak secara strategik dan berhati-hati ketika melabur dalam projek “melampaui masa” seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuh Eaya Pan-Borneo.

“Saya tahu banyak pihak sangat ragu-ragu. Tetapi biar saya kongsi dengan kamu teori pelaburan melampau masa. Ada dua cara untuk lakukannya.

“Pertama, bila kita nak melabur dalam projek infra besar ini, kita mesti melabur pada masa yang sesuai.

“Masa yang sesuai itu adalah masa orang percaya pada kamu. Bila orang percaya ekosistem kamu, ketika kamu masih ada penarafan baik oleh agensi-agensi antarabangsa, bila kamu sampai ke tahap itu, inilah masa terbaik untuk mulakannya.

“Kalau kita mulakannya bila kita lemah, saya tidak fikir orang lain akan turut serta.

“Kedua, jika kamu mahu tunggu, kami boleh tunggu. Kita boleh simpan dulu duit kita. Bila kita dah bersedia dengan wang, kosnya mungkin tidak sama lagi jika kamu mahu mulakannya hari ini.

“Kosnya mungkin jadi tiga atau empat kali ganda,” katanya.

Pelaburan dalam infrastruktur asas utama, kata Johari, akan mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif.

“Kamu tidak boleh hasilkan keterangkuman jika tidak mempunyai perhubungan yang cekap.

“Ini perhubungan fizikal, kita perlu Internet kita, digital kita, semuanya harus bersambung dengan mudah dari Perlis ke Sabah dan Sarawak.

“Bila kita melabur melampaui masa dan membina ekonomi dengan infrastruktur, semua orang dapat manfaatnya,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS