Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Mengapa soalan alasan laporan 1MDB dirahsiakan juga jadi rahsia?’

PARLIMEN l Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak soalannya, yang memohon penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengapa siasatan 1MDB oleh Ketua Audit Negara telah diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) berkata beliau percaya bahawa Pandikar telah menyalah-tafsirkansoalannya dalam membuat keputusan itu.

"Soalan yang saya tanya ialah mengapa laporan audit diklasifikasikan; bukan tanya pasal kandungan laporan itu," katanya.

Lee berkata, sebab laporan itu dirahsiakan, sepatutnya tidak disembunyikan juga.

"Walaupun saya faham bahawa kandungan laporan itu adalah rahsia rasmi, namun sebab ia dirahsiakan tentu sekali bukan rahsia," katanya.

Lee berkata Pandikar memutuskan untuk menolak soalannya berdasarkan alasan bahawa tiada soalan boleh dikemukakan mengenai perkara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee menggesa Lee untuk menggunakan haknya sebagai ahli parlimen untuk membentangkan usul untuk mengkaji keputusan Pandikar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS