Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'SPRM mesti telus, tangkapan kes tanah Ijok agenda BN'

PARLIMEN |  Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa penangkapan tujuh individu termasuk dua individu bergelar Datuk berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor adalah agenda Barisan Nasional (BN).

Sivarasa berkata penangkapan tersebut dibuat bagi tujuan mencemarkan imej Kerajaan Negeri Selangor.

"Kami menganggap penangkapan mereka sebagai tidak bermakna dan jelas bertujuan menindas. Ia sekali gus memperlihatkan agenda politik BN dengan hasrat untuk mencemarkan imej Kerajaan Negeri Selangor," dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Sivarasa berkata demikian mengulas penangkapan tujuh individu berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Sejak semalam SPRM telah menahan tujuh individu berumur antara 34 dan 84 tahun termasuk dua individu bergelar Datuk turut direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kesemua individu itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang, pada Selasa lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad (gambar, atas) dilaporkan sebagai berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menuntut SPRM bertindak telus dalam siasatan kes tersebut.

"Kerajaan tidak keluarkan walau satu sen untuk mendapatkan penyelesaian ini dan adalah mustahil berlaku penyelewengan yang kononnya ada tanah diberi kepada pemaju dan Selangor dapat balik.

"Mustahil Selangor dapat balik tanah tanpa perlu bayar pampasan dan corak peyelesaian yang dibuat oleh Selangor adalah satu kejayaan, malangnya empat yang ditahan adalah dari syarikat perunding

"Kita mendesak SPRM bertindak dengan cara yang telus, bebaskan mereka-mereka yang tidak terlibat langsung kecuali pakar perunding yang telah mencadangkan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak, mengapa mereka perlu dimangsakan," tambahnya.

Lihat Komen
ADS