Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
S'gor lwn SPR: Presiden Mahkamah Rayuan akan putuskan panel hakim
Diterbitkan:  Mar 23, 2018 12:15 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin akan memutuskan panel hakim yang akan mendengar rayuan kerajaan Selangor terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini susulan rayuan kerajaan negeri pimpinan PKR itu yang menyerahkan permohonan untuk menukar dua hakim dalam panel itu hari ini.

Kerajaan Selangor menolak hakim Zawawi Salleh dan Kamardin Hisham dalam panel itu.

Hakim-hakim memutuskan menangguhkan kes itu kepada 27 Mac.

“Diharapkan panel akan dilengkapi dan diputuskan oleh presiden Mahkamah Rayuan,” kata Zawawi yang mengetuai tiga panel itu hari ini, termasuk Kamardin dan Vernon Ong.

Kerajaan Selangor diketuai hakim Cyrus Das berhujah terdapat “unsur-unsur penentuan awal keputusan” kerana dua hakim berkaitan pernah terlibat dalam kes sama melibatkan SPR.

Beliau juga berkata tanggapan awam penting dalam proses kehakiman.

Pendengaran rayuan kerajaan Selangor dijangka turut didengar pada 27 Mac.

Pada Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman kerajaan Selangor untuk mencabar proses persempadanan semula oleh SPR.

Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan terhadap inkuiri tempatan oleh SPR di Selangor.

Mahkamah Rayuan juga hari ini memutuskan mengetepikan penangguhan yang diberikan Azizul.

Bagaimanapun, SPR diberikan penangguhan interim oleh Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu untuk menjalankan inkuiri tempatan terhadap bantahan terhadap proses persempadanan semula di negeri itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS