Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
DBKL akan turunkan bahan kempen berunsur hasutan, fitnah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan-bahan kempen pilihan raya yang mempunyai unsur hasutan yang dipasang di sekitar ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata unsur hasutan seperti poster gambar individu yang dipangkah akan ditanggalkan segera dan individu yang menaikkan poster pula boleh dikenakan kompaun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018 anjuran Pusat Pakar Pergigian KPJ Kuala Lumpur,  hari ini.

DBKL juga akan mengadakan rundingan dengan semua wakil parti politik berkenaan peraturan pemasangan bahan kempen di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS