Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Populariti dan pengalaman jadi sandaran BN Perak pilih calon
Diterbitkan:  Mar 24, 2018 5:43 AM
Dikemaskini: 10:34 PM

Faktor populariti dan pengalaman menjadi indikator penting dalam usaha memilih calon mewakili Barisan Nasional (BN) di Perak pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, walaupun nama-nama calon telah disenarai pendek, namun ia belum dimuktamadkan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada ketika ini.

"Walaupun saya boleh sebutkan bahawa pada dasarnya kita telah pun menyenaraikan senarai nama tapi tak bermakna ia adalah muktamad.

"Ini kerana penilaian terhadap calon adalah bersifat dinamik dan ia akan bergerak hingga ke peringkat akhir sebelum PRU14," katanya pada sidang media selepas merasmikan Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, sistem 'rating' juga digunakan BN Perak dalam membantu selain memastikan calon yang mewakili BN nanti benar-benar berwibawa sekaligus mampu menyumbang kemenangan.

-- LAGI

ZAMBRY-CALON 2(AKHIR) IPOH

"Kita sememangnya menggunakan sistem ini untuk melihat segala keperluan dan kelebihan pada calon-calon yang akan dipilih mewakili parti nanti khususnya di Perak," katanya.

Dalam pada itu, Zambry tidak menafikan muka-muka lama yang pernah mewakili BN pada pilihan raya terdahulu akan dipertimbangkan selaku calon bersandarkan kepada penerimaan masyarakat.

"Saya dah sebutkan sekali atau dua kali (bertanding), kalau calon itu tak boleh diterima kita tak akan terima. Tetapi kalau sekiranya seseorang itu didapati dia tetap jadi pilihan dan sebagainya, kita akan buat penilaian," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS