Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat dipercayai kru kapal korek pasir ditemui
Diterbitkan:  Mar 24, 2018 6:20 AM
Dikemaskini: 10:37 PM

Mayat yang dipercayai merupakan salah seorang daripada 12 kru kapal pengorek pasir JBB Rong Chang 8 yang masih terperangkap dijumpai oleh pasukan penyelamat di kawasan berhampiran.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata mayat kemudiannya dibawa ke Jeti Nelayan Parit Jawa menggunakan bot polis Marin sebelum disambut pasukan medik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 8.15 malam tadi.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa lain masih lagi diteruskan sehingga kini, setelah mengambil kira keadaan mereka yang berkemungkinan semakin melemah berikutan hari ini merupakan hari ketiga mereka terperangkap dalam kapal terbabit.

Hari ini, satu sidang media dijangka diadakan pada sebelah pagi bagi memaklumkan perkembangan terkini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS