Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis awasi pengedar dadah disyaki guna khidmat pos
Diterbitkan:  Mar 24, 2018 6:30 AM
Dikemaskini: Mar 24, 2018 2:35 AM

Polis sedang mengawasi pengedar dadah yang disyaki menggunakan modus operandi menjual dadah secara dalam talian sebelum menghantar dadah tersebut melalui perkhidmatan pos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat di Vienna, Austria baru-baru ini di bawah Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

"Apabila pembelian selesai di laman web secara “gelap”, pembekal akan mengirim dadah tersebut melalui perkhidmatan pos dalam jumlah yang kecil tanpa penglibatan mana-mana orang tengah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Mohmad berkata cara ini memberikan cabaran yang lebih sukar kepada pihak berkuasa dalam konteks memberkas mereka yang terlibat.

Beliau berkata anggota polis akan didedahkan kepada pelbagai program latihan dan menimba pengetahuan dari dalam dan luar negara bagi menangani ancaman baharu ini.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS