See-To: Tak ada siapa kata S'gor jual tanah Ijok, kenapa pulangkan?
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To hari ini mempersoalkan Pejabat Menteri besar Selangor bahawa tiada sesiapa yang menuduh kerajaan Selangir menjual tanah di Ijok.
Sebaliknya, kata See-To, persoalan sebenar adalah kenapa tanah itu dipulangkan kepada pemaju.
"Ini masalah sebenarnya. Jika kerajaan Selangor menjual tanah itu dan tidak pulangkannya, kita tidak akan bincangkan isu itu hari ini.
"Soalan sebenar adalah bukannya Selangor jual tanah itu, tapi kenapa Selangor pulangkan tanah itu," kata See-To dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangir Yin Shao Loong yang berkata kerajaan negeri tidak menjual mana-mana tanah di kawasan Ijok.
See-To sebelum ini mendakwa pihak ketiga menerima RM262.7 juta daripada RM1.18 bilion penjualan tanah di Selangir, hampir sama dengan jumlah yang diterima penduduk tempat itu iaitu RM300 juta.
Tanah di Ijok diserahkan kepada penduduk di situ dua dekad lalu. Pada 1998, dua syarikat pemaju ditugaskan membangunkan tanah itu untuk penduduk di situ.
Sayarikat berkenaan bagaimanapun gagal menunaikan janji mereka dan pada 2009, berkas menteri besar Selangor Tan Sri Khalib Ibrahim mengambil alih tanah itu daripada pemaju.
Susulan itu, syarikat berkenaan memfailkan saman, namun dua keputusan penghakiman di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berpihak kepada kerajaan negeri. Rayuan kepada Mahkamah Persekutuan kemudian difailkan.
Bagaimanapun, ketika Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran Selangor pada 2016, beliau memfailkan perjanjian penyelesaian di Mahkamah Tinggi dan memulangkan tanah itu kepada pemaju, yang ketika itu telah dijual kepada syarikat pihak ketiga pada harga RM1.18 bilion.
Pampasan RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM400,000 diberikan kepada 981 penduduk.
BN sejak itu mempersoalkan transaksi itu dengan mempersoalkan kenapa pampasan berkenaan hanya sebahagian daripada nilai jualan tanah dan kenapa perkara itu diselesaikan tanpa melalui proses di Mahkamah Persekutuan.

