Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota pasukan keselamatan tersebut di negara ini.

“Saya kongsi foto bersama sebahagian anggota keselamatan saya yang dalam apa jua keadaan, terik mahupun hujan, sentiasa sedia menjalankan tugas.

“Saya amat hargai pengorbanan. Buat mereka dan semua anggota polis di Malaysia, Selamat #HariPolis,” katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

Najib turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama anggota keselamatan.

Malaysia menyambut sambutan Hari Polis ke-211 hari ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS