Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salleh: Laporan media asing terhadap M'sia, PM berat sebelah

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyifatkan laporan media asing mengenai Malaysia sebagai ‘sangat berat sebelah’ dan ‘tidak seimbang’.

Beliau berkata mereka memberi gambaran bahawa segala-galanya mengenai kerajaan adalah buruk manakala parti pembangkang pula umpama malaikat.

Katanya laporan mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikitar semula dari tahun-tahun lalu berkenaan rasuah, pilihan raya yang curang, kekurangan demokrasi, penafian kebebasan bersuara dan sebagainya.

"Sejak dua hari lalu, media asing telah menyerang Malaysia secara umum dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya.

"Ini tidak menghairankan memandangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata, ‘kami terpaksa menggunakan saluran media asing; BN (Barisan Nasional) juga boleh berbuat demikian, mereka mempunyai banyak wang untuk mengupah penganalisis dari Cambridge’," katanya menerusi catatan blog beliau.

Salleh, yang juga Bendahari Umno berkata bahawa sejak 30 tahun lalu, bagaimanapun ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri hingga hari ini, media asing masih mengatakan hal sama.

Beliau berkata pembangkang kemudian menular (menyebarkan) laporan ini untuk memberi gambaran bahawa seluruh dunia menentang Malaysia.

"Apa yang media asing gagal sebutkan dalam laporan ini adalah banyak kes rasuah yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah di negeri Pakatan Harapan memerintah iaitu di Selangor dan Pulau Pinang.

"...atau mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (pada 2013), kononnya (didakwa membawa masuk) 40,000 pengundi Bangladesh, yang terbukti sebenarnya palsu," katanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS