NOTA EDITOR: Artikel ini merujuk kepada ulasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap laporan di Sinar Harian. Akhbar itu hari ini membuat pindaan terhadap artikel berkenaan dan menyesali kesilapan tersebut.


Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya itu mengambil pendirian berkecuali dalam isu 1MDB.

Dalam satu kenyataan, Syed Saddiq mendakwa alasan PAS bahawa parti itu tidak mahu menjatuhkan hukuman sebelum seseorang iti terbukti melakukan kesalahan bervcanggah dengan apa yang pernah dilakukan oleh Abdul Hadi.

Sebagai contoh, katanya, PAS mempersalahkan Pengerusi BERSIH, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pertukaran mata wang asing (Forex); Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu terowong bawah laut di negeri itu; dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali mengenai isu skandal tanagh di Ijok.

“Panjang post kalau nak cerita satu-satu. Tapi mengapa dalam kes lain, PAS pantas pula memilih pihak.

“Mana perginya prinsip berkecuali PAS? Mana pergi perjuangan Islam yang diperjuangkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang?” soalnya merujuk kenyataan Abdul Hadi, semalam semasa forum Gagasan Sejahtera di Shah Alam.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS mengambil pendirian untuk tidak mengamalkan budaya terus menghukum individu yang terlibat dengan dakwaan salah laku pengurusan 1MDB.

“Kalau hendak diikutkan hujah Abdul Hadi, kita harus menunggu sesuatu tuduhan dan dakwaan dibuktikan benar sebelum dihukum.

“Tetapi sejarah pendirian PAS membuktikan perkara yang sebaliknya,” kata Syed Saddiq sambil memetik lata-kata agung junjungan besar Nabi Muhammad SAW bahawa jika anaknya, Fatimah RA sendiri yang mencuri, beliau akan menghukumnya seperti mana rakyat-rakyat lain.

Katanya, pendirian Abdul Hadi itu bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW tentang perlunya untuk siasatan dijalankan secara adil.

“Sayang sekali, kita dikhabarkan PAS akan mengambil langkah berkecuali dalam isu 1MDB. Alasannya, konon tiada dakwaan, tiada bukti dan tiada fakta yang wajar.

“Ini adalah sikap acuh tidak acuh dalam menyelidik dan menyiasat skandal paling besar dalam sejarah Malaysia. Malah, masyarakat antarabangsa seperi negara Switzerland, Amerika Syarikat, Singapura. Malah, negara jiran Indonesia sendiri telah menyiasat dan merampas aset kapal mewah Equanimity yang berkait dengan skandal 1MDB!

“Tetapi, malang seribu kali malang, PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih untuk menutup mata dan telinga dari kemungkaran yang seharusnya lantang diperjuangkan PAS,” katanya.

[Baca berita penuh]