Rakyat Malaysia ditangkap di Melbourne kerana 900 bahan lucah
Seorang rakyat Malaysia 27 tahun ditangkap dam dibawa ke mahkamah atas tuduhan membawa beratus-ratus gambar dan video lucah kanak-kanak ke Melbourne, Australia.
Pegawai-pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) menggeledah barangan lelaki itu dan mendapati lebih 900 gambar dan video berkaitan dalam laptop dan telefon bimbitnya, lapor The Star.
Laporan itu menyebut lelaki itu ditangkap di di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne setelah terbang dari Kuala Lumpur pada 22 Mac.
Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Melbourne pada 23 Mac dan menjalani perintah reman sehingga 29 Jun.
“Lelaki itu didakwa mengimport barangan Tahap 2, Barangan Exploitasi Kenak-kanak, bertentangan dengan Seksyen 233BAB(5) Akta Kastam 1901,” ABF dilapor sebagai berkata dalam kenyataan.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga A$180,000 (RM543,470) atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

